Tuesday, 15 November 2016




Saiz Hidangan : 10 orang
Bahan Puff :
  • 1kg Tepung Gandum
  • 120gram Mentega (mempunyai garam)
  • 250ml air sejuk
  • 250gram lemak sayur-sayuran (vegetable shortening)
Bahan Inti :
  • 500ml susu segar
  • 10biji telur
  • 2sb tepung kastard
  • 2st esen vanila
Cara Membuat Pastri Puff :
  1.  Gaulkan tepung gandum dan mentega sehingga sebati.
  2.  Masukkan air sejuk perlahan-lahan sehingga menjadi adunan yang lembut dan sebati.
  3.  Uli doh secara membulat kemudian gelekkan menjadi sama rata.
  4.  Simpan didalam peti sejuk selama 15 minit.
  5.  Keluarkan doh dan potong menggunakan acuan hingga muat untuk acuan tart.
  6.  Sapu acuan tart dengan sedikit marjerin sebelum memasukkan doh.
Cara Membuat Inti :
  1.   Campurkan kesemua bahan inti pukul sehingga gula larut.
  2.   Tuangkan inti ke dalam doh puff yang telah disusun dalam acuan dulang pembakar tart sehingga penuh.
  3.   Bakar selama 25 minit dengan suhu 180C.
Nikmati tart telur dalam keadaan yang masih panas bersama dengan secawan kopi atau teh. Buat mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Membuat sendiri tart telur Portugis pastinya mencipta satu rasa kepuasan kerana kita boleh mengagak untuk membuat dalam berapa banyak kuantiti yang kita mahu.

No comments:

Post a Comment